Mengenai Kami
Dunia Internet semakin berkembang pesat di seluruh dunia. Pengguna Internet akan terus bertambah setiap tahun di seluruh dunia. Hasil daripada pertambahan ini, turut memberi kesan kepada pertambahan jumlah laman web. Ini kerana semakin ramai pengguna Internet ingin memiliki laman web atau blog mereka sendiri.
Keghairahan memiliki laman web sendiri semakin bertambah dengan keseronokan dan kelebihan yang diperolehi. Dengan memiliki laman web sendiri anda boleh melakukan apa sahaja termasuklah melakukan perniagaan secara online, berkongsi maklumat dan ilmu pengetahuan, membina jaringan dan sebagainya.
Laman web adalah satu medium perantaraan maya yang memudahkan pelbagai pihak berkomunikasi dengan berkesan. Melalui laman web, syarikat atau organisasi yang mahu perniagaan mereka dikenali dengan lebih mendalam dapat mencerminkan diri mereka dengan jelas dan memberi info yang berguna terus kepada pengguna laman web tersebut.
Adakah anda sering melayari internet? Telah banyak laman web yang anda saksikan?
Namun sehingga kini anda belum mempunyai laman web Peribadi atau keluarga anda...
Adakah anda mempunyai perniagaan dan berhasrat untuk Mempromosikan perniagaan anda?
Ambillah peluang mempromosikan perniagaan anda, Menggunakan kemudahan IT.
Adakah anda menerajui persatuan atau kelab? Perkenalkanlah persatuan dan kelab anda kepada umum..
Adakah anda seorang guru sekolah dan bercadang menyalurkan Maklumat tentang sekolah dan aktiviti yang dijalankan untuk semua?
Dapatkan perkhidmatan yang bertaraf profesional, hasil kerja berkualiti tinggi dengan kadar yang murah. Kami memahami keperluan anda dan kami juga prihatin dengan pelbagai kos yang terpaksa anda tanggung bagi memulakan perniagaan. Jangan gadai potensi dan peluang untuk berjaya dalam perniagaan semata-mata kerana peruntukan yang kecil.
MENGAPA BERBELANJA LEBIH JIKA ANDA BOLEH BERJIMAT? Dapatkan laman web yang berkualiti dengan harga yang rendah untuk laman peribadi, organisasi, komuniti atau perniagaan. Bukan itu sahaja, kami akan membantu anda dalam membuat promosi laman web anda melalui rangkaian portal iklan Rakaniaga.Net milik kami.
Jendelasiber Dot Net - Pilihan Tepat Untuk Penjimatan Yang Hebat
Mengapa Kami Memulakan Perniagaan Ini?
Pada zaman serba canggih ini, setiap perniagaan kecil mahupun besar dan tidak kira apa jua yang anda dagangkan samada produk atau perkhidmatan haruslah wujud dalam dunia internet. Dengan menawarkan pakej Domain, Hosting dan Design (DHD) mampu milik ini, masalah untuk anda memulakan perniagaan online telah terjawab.
Para pelanggan kami merupakan individu yang ingin memulakan perniagaan mereka samada di rumah, Usahawan kecil dan Sederhana, Syarikat-syarikat kecil dan Besar, Badan-badan Berkanun, Pertubuhan, Persatuan, Kolej dan sebagainya.
Kami juga mensasarkan golongan usahawan yang mempunyai modal yang kecil untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan online dan mencuba perniagaan ini dengan yakin. Ini bersesuaian dengan seruan kerajaan untuk melahirkan usahawan yang bakal menerajui ekonomi negara khususnya golongan bumiputera.
Mengenai Syarikat
Jendelasiber Dot Net dimiliki oleh NH Bright Resources (AS0285892 - W). Jendelasiber Dot Net dikhususkan kepada bidang perniagaan perkhidmatan Pembangunan Laman Web, Pendaftaran Nama Domain, Pelayan (Hosting) laman web. Selain itu kami turut mengendalikan sebuah Portal Pengiklanan melalui internet iaitu Rakaniaga.Net. Dengan melanggan perkhidmatan pembangunan laman web dengan kami anda berpeluang untuk mendapatkan perkhidmatan iklan secara percuma di laman web Rakaniaga.Net




